rss

Ucapan Oleh Presiden Trump Kepada Anggota-Anggota Tentera Yang Berkhidmat Di Pangkalan Udara Yokota

English English, Tagalog Tagalog, Indonesian Indonesian, ພາສາລາວ ພາສາລາວ, ไทย ไทย, ភាសាខ្មែរ ភាសាខ្មែរ

Pejabat Setiausaha Akhbar
Untuk Siaran Segera
5 November, 2017
Pangkalan Udara Yokota
Fussa, Jepun

Terima kasih, General Martinez, atas kepemimpinan yang berdedikasi terhadap anggota tentera kita di Jepun, dan terima kasih kepada semua anggota tentera kita yang cemerlang. Kita di sini hari ini untuk meraikan saat gembira serta menyambut kejayaan anda, jadi saya akan keluarkan salah satu arahan kegemaran anda: SENANG DIRI!

Melanie dan saya juga ingin memanjangkan ucapan khas terima kasih kami kepada Duta Besar Bill Hagerty, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugasan beliau di Kedutaan Amerika di Tokyo.

Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat berada di negara yang indah ini, tempat tinggal bagi rakyat Jepun yang baik lagi peramah! Negara Jepun merupakan rakan kongsi yang berharga dan sekutu yang penting bagi Amerika Syarikat- dan hari ini kami berterima kasih kepada mereka kerana telah menyambut kedatangan kami, dan untuk berdekad lamanya telah menjadi sahabat yang baik di antara kedua-dua negara,

Amerika Syarikat begitu menghormati dan mengagumi rakyat Jepun –  budaya mereka yang menakjubkan, semangat kental mereka dan sejarah yang membanggakan. Jadi, sebagai mewakili Amerika Syarikat, saya ingin sampaikan harapan dari rakyat Amerika kepada rakyat negara yang menakjubkan ini.

Perjalanan kami merentasi Asia akan membawa kami ke banyak tempat bersejarah, bagi menikmati pemandangan yang menakubkan, dan bertemu dengan ramai orang. Tetapi tidak ada satu negarapun, yang saya ingin memulakan perjalanan ini kecuali DI SINI, dengan ANDA semua- Tentera Amerika Syarikat lelaki mahupun wanita yang sangat dibanggakan – DAN rakan kongsi anda yang menakjubkan, Pasukan Pertahanan-Diri Jepun.

Kepada semua yang berada di sini hari ini yang telah berkhidmat kepada Negara secara berunifom: TERIMA KASIH. Kami menyanjungi anda, kami menghormati anda, dan kami BERDIRI MEGAH BERSAMA anggota lelaki dan wanita yang telah mempertahankan kami dan cara hidup kami. Negara dibina atas keberanian, kasih sayang dan pengorbanan oleh PATRIOT seperti anda.

Setiap dari anda telah mewarisi legasi membanggakan oleh generasi wira-wira yang telah menyusuri tanah yang sama sejak lebih 7 dekad yang lalu.

Dari landasan Yokota, juruterbang Amerika berlepas dan mengusir penjajah-penjajah semasa Perang Korea. Dari sini mereka telah menguatkuasakan keamanan yang belum  menentu semasa Perang Dingin yang panjang lagi pahit. Dan selepas kejadian tsunami 2011 yang dahsyat, pangkalan ini telah berkhidmat sebagai titik pelancar bagi Operasi TOMODACHI [Tohh-mo-dah-chee] – usaha bantuan kemanusiaan yang terbesar dalam sejarah Amerika, yang telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa rakyat Jepun.

Seperti mereka yang datang sebelum anda, anda sentiasa bangkit dalam menghadapi pelbagai rintangan– dan anda tidak pernah mengecewakan negara.

Jeneral Martinez,Jeneral Chiarotti [Sha-ro-tee], Jeneral Pasquarette [Pas-ka-RET], Laksamana Muda Fenton, brigadier jeneral Winkler, Kolonel Moss, dan Ketua Master Sarjan Greene–anda telah mengetuai pasukan di bawah arahan anda dengan kemahiran dan kesetiaan yang cemerlang, dan Amerika sangat -sangat bersyukur.

Kami juga berasa bertuah dapat berdiri bersama-sama dengan sekutu-sekutu yang kuat lagi berkebolehan. Jeneral Maehera [MA-eh-ha-ra], Jeneral Asai [ah-SA-ee], Jeneral Imaki [ee-MA-kee], dan Jeneral Ando [AHN-doe]– terima kasih atas kepimpinan dan perkhidmatan anda.

Dengan mewakili rakyat Amerika, saya ingin setiap dari anda, pihak Amerika mahupun Jepun, mengetahui bahawa perkhidmatan dan komitmen anda membantu kami berada dalam keadaan SELAMAT, KUAT DAN BEBAS.

Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada semua ahli keluarga dan mereka yang tersayang yang telah mengorbankan segala-galanya demi membolehkan anda berkhidmat. Rakyat Amerika amat bersyukur kepada anda semua.

Ini benar-benar memberikan inspirasi apabila melihat Angkatan Udara Amerika dan Marin dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun berdiri di sni hari ini, sebelah menyebelah – berkeyakinan komited dan sangat berkebolehan lebih daripada sebelumya. Anda telah menanamkan rasa keyakinan dalam hati sekutu-sekutu kita, dan anda telah menimbulkan rasa GERUN dalam hati musuh-musuh anda.

Perikatan kita merupakan bukti kepada kuasa transformasi kebebasan, Hari ini, negara-negara yang dahulunya pernah berperang kini berdiri bersama kita sebagai kawan dan rakan kongsi dalam menerokai dunia yang lebih baik. Dengan kehadiran kita di sini, berganding bahu, anda telah meletakkan harapan ke dalam setiap jiwa yang merindukan keamanan.

Anda semua telah menjadikan Yokota sebagai salah satu pangkalan operasi yang paling berkemampuan di Jepun. Untuk lebih dari sedekad, tempat ini telah menjadi kediaman bukan sahaja kepada anggota tentera Amerika, tetapi juga kepada Perintah Pertahanan Udara Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun. Hari ini pangkalan ini berkhidmat sebagai pusat kritikal koordinasi bagi komander-komander Amerika dan Jepun bagi merancang misi-misi mereka.

Selama hampir 60 tahun, kita dapat saksikan apa yang perikatan ketenteraan lalui dalam pangkalan ini menjadi sebagai batu asas kedaulatan, dan kemakmuran negara kita, rantau ini, dan sememangnya di seluruh dunia. Hari ini, kami memberi penghormatan kepada legasi tersebut – legasi yang anda lindungi dan berkembang setiap hari.

Kita menguasai langit, laut, darat dan angkasa – bukan sekadar sebab kita mempunyai peralatan yang terbaik, tetapi sebab kita mempunyai ANGGOTA YANG TERBAIK. Setiap anda tertanam PEGANGAN KEPAHLAWANAN – kesetiaan, keberanian dan kepakaran anda menjadikan anda pasukan tempur yang paling digeruni dalam sejarah.

Bersama dengan sekutu kita, pahlawan Amerika sudah bersiap sedia untuk mempertahankan negara kita dengan menggunakan pelbagai kemampuan yang tiada tandingannya. Tiada seorangpun – tiada diktator, tiada rejim, dan tiada negara – patut merendahkan kebolehan AMERIKA BERTINDAK. Kami tidak akan berputus asa, tidak akan goyah dan tidak pernah kalah dalam mempertahankan rakyat kami, kebebasan kami dan BENDERA KEBANGGAAN AMERIKA kami. Bendera tersebut melambangkan nilai-nilai Republik kami, sejarah rakyat kami, pengorbanan wira-wira kami, dan kesetian kami kepada negara yang kami cintai.

Selagi saya menjadi Presiden, anggota tentera lelaki dan wanita yang mempertahankan negara kita akan mempunyai peralatan, sumber-sumber, dan dana yang mereka perlukan bagi melindungi tanah air kita, untuk bertindak balas terhadap musuh dengan lebih pantas dan tegas, dan apabila perlu untuk BERJUANG, KALAHKAN, DAN MENANG.

Ini ialah warisan Pasukan Bersenjata Amerika – pasukan keamanan dan keadilan yang terbesar yang pernah diketahui dunia.

Negara yang BEBAS mestilah menjadi NEGARA yang KUAT, dan kita mengalu-alukan apabila sekutu kita- dari Eropah ke Asia – membaharui komitmen mereka ke arah KEAMANAN MELALUI KEKUATAN.

Kami berusaha mencari keamanan dan kestabilan bagi negara-negara di dunia – termasuklah yang di rantau ini.

Semasa rakyat Amerika menyambut hari Veteran bulan ini, kami menghargai mereka yang terkorban dalam memungkinkan keamanan dan kestabilan diperoleh. Kami memberi penghormatan kepada setiap rakyat Amerika dengan penuh bangga berpakaian uniform dan berkhidmat kepada negara kami.

Hari ini, banyak negara Indo-Pasifik yang berkembang maju disebabkan oleh pengorbanan yang dibuat oleh anggota perkhidmatan Amerika dan sekutu-sekutunya – dan disebabkan oleh pengorbanan berterusan anda setiap hari.

Di sini di Jepun, kita telah saksikan perkara-perkara menakjubkan yang berkemungkinan apabila manusia itu bebas dan berdikari. Dalam satu hayat sahaja, rakyat Jepun telah membina sebuah masyarakat yang paling berjaya dalam dunia.

Sepanjang 10 hari nanti, kami akan melawat Korea Selatan, China, Vietnam dan Filipina. Kami akan berusaha mencari peluang-peluang baharu untuk bekerjasama dan berdagang, dan kami akan berkongsi dengan rakan dan sekutu dalam memperjuangkan KEBEBASAN dan KETERBUKAAN rantau Indo-Pasifik.

Tetapi masa depan ini akan hanya dalam genggaman disebabkan oleh ANDA.

Anda membuatkannya berkemungkinanan bagi negara yang cintakan keamanan untuk terus BERKEMBANG, dan yang cintakan keamananan untuk terus MAKMUR.

Anda ialah sebab BENDERA KEBANGGAAN AMERIKA akan megah berdiri di belakang saya ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali saya melihat ke arah bendera tersebut, saya akan fikirkan tentang keberanian anggota lelaki dan wanita seperti anda – dan saya akan fikirkan semua Wira-Wira Amerika, hinggalah ke generasi-generasi akan datang, mereka yang telah mencurahkan DARAH, PELUH, AIR MATA, HARAPAN dan IMPIAN untuk mempertahankan negara kita.

Apabila anda, dan masyarakat anda, dan mereka yang berada di rantau Indo-Pasifik melihat bendera negara kebebasan, berdikari, dan berdaulat, seperti Amerika Syarikat dan Jepun, dipaparkan semasa mesyuarat diplomatik sepanjang sepuluh hari nanti, berbanggalah dengan negara anda, berbanggalah dengan perkhidmatan yang anda sediakan bagi memungkinkan usaha ini.

Seperti orang yang terdahulu, anda- wira berani kita – merupakan benteng terakhir melawan ancaman terhadap impian rakyat Amerika, Jepun dan seluruh dunia.

Anda merupakan harapan terbesar bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk hidup dalam kebebasan dan keharmonian – dan anda merupakan ancaman terbesar bagi  penzalim dan diktator yang berusaha mencari mangsa mereka yang tidak bersalah.

Sejarah telah membuktikan berulang kali bahawa jalan bagi penzalim merupakan jalan mantap ke arah kemiskinan, Tetapi jalan bagi negara yang KUAT dan rakyat yang BEBAS, PASTI akan NILAI-NILAI mereka dan YAKIN akan masa depan mereka, terbukti jalan ke arah KEMAKMURAN dan KEAMANAN.

Kita meraikan budaya kita, kita mengamalkan nilai murni kita, dan kita SELALU berjuang demi apa yang kita percayai

Oleh sebab anda, Rakyat Amerika, Rakyat Jepun, dan mereka yang mencintai kebebasan di mana-mana sahaja, mampu memenuhi masa depan mereka dan menjejak impian mereka. Dan kami amat bersyukur kepada keluarga anda – kerana pengorbanan dan sokongan mereka membolehkan anggota lelaki dan wanita kita berbakti.  Kami juga menghargai pengorbanan orang awam yang berdedikasi dalam mengendalikan pangkalan ini dan menjaga tentera dan keluarga tentera kita.

Kami sangat bersyukur atas perkhidmatan dan pengorbanan anda. Dan akan terus terhutang budi.

Saya amat berbangga berada di sini bersama anda semua hari ini – kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, dan banyak peluang, dan kita akan menghadapi semua itu secara BERSAMA. Jika kita berbuat demikian, saya pasti bahawa masa depan Amerika, Jepun, dan untuk sekutu yang dihargai, amat cerah.

Terima kasih. Semoga Tuhan Merahmati Anda, Tuhan Merahmati Pasukan Bersenjata kita, dan Tuhan Merahmati Amerika Syarikat.


Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber bahasa Inggeris asal yang harus dianggap sahih.
E-mel Terkini
Untuk mendaftar bagi pengemaskinian atau mengakses langganan pilihan anda, sila masukkan maklumat hubungan anda di bawah.