rss

Ucapan Presiden Trump Kepada Dewan Rakyat Nasional Republik Korea Bangunan Perhimpunan Kebangsaan Seoul, Republik Korea

English English, العربية العربية, Français Français, हिन्दी हिन्दी, Português Português, Русский Русский, Español Español, اردو اردو, 中文 (中国) 中文 (中国), Tagalog Tagalog, Tiếng Việt Tiếng Việt

RUMAH PUTIH
Pejabat Setiausaha Akhbar
Untuk Siaran Segera 8 November 2017
11:24 A.M. KST

 

 

PRESIDEN TRUMP: Speaker Dewan Rakyat Chung, ahli-ahli Dewan terhormat, tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih atas keistimewaan luar biasa untuk bercakap di dalam dewan besar ini dan untuk berbicara pada rakyat anda bagi pihak rakyat Amerika Syarikat.

Walaupun berada dalam masa yang singkat di negara anda, Melania dan saya kagum dengan keajaiban lama dan moden, dan kami sangat tersentuh dengan kehangatan sambutan anda.Malam tadi, Presiden dan Puan Moon memberikan layanan yang luar biasa kepada kami dengan sambutan yang indah di Blue House. Kami berbincang dengan produktif mengenai peningkatan kerjasama ketenteraan dan meningkatkan hubungan perdagangan antara negara kita dengan prinsip keadilan dan timbal balik.

Melalui lawatan ini, kami menghargai dan menghormati kewujudan dan meraikan persahabatan yang begitu panjang antara Amerika Syarikat dan Republik Korea.

Perikatan antara negara kita ditempa dalam titik peperangan, dan diperkuat oleh dugaan sejarah. Dari pendaratan Inchon ke Pork Chop Hill, askar Amerika dan Korea Selatan telah berjuang bersama, berkorban bersama, dan berjaya bersama-sama.

Hampir 67 tahun yang lalu, pada musim bunga 1951, mereka berjaya mengambil semula bandar ini, yang menjadi tempat kita berkumpul dengan bangga pada hari ini. Ia adalah kali kedua dalam setahun pasukan gabungan kita berkorban untuk mengambil semula ibu negara ini daripada komunis.

Pada minggu dan bulan selanjutnya, askar bersenjata melalui gunung yang curam dan pertempuran yang mengorbankan banyak jiwa. Walaupun ada kalanya terpaksa berundur, mereka menabahkan diri menuju ke utara untuk membentuk barisan yang kini membahagikan orang yang bebas dan tertindas. Di sana, tentera Amerika dan Korea Selatan terus bertahan sepanjang hampir tujuh dekad. (Tepukan tangan.)

Ketika gencatan senjata itu ditandatangani pada 1953, lebih daripada 36,000 rakyat Amerika telah terkorban dalam Perang Korea, dengan lebih dari 100,000 yang lain cedera parah. Mereka adalah pahlawan, dan kita menghormati mereka. Kita juga menghormati dan mengingati harga tinggi yang dibayar oleh rakyat negara anda untuk kebebasan mereka. Anda kehilangan beratus-ratus ribu askar berani dan penduduk awam yang tidak bersalah dalam perang yang mengerikan itu.

Kebanyakan bahagian kota Seoul yang hebat ini hancur menjadi runtuhan. Sebahagian besar negara ini mengalami luka parah – yang begitu teruk – oleh perang dahsyat ini. Ekonomi negara ini telah runtuh.

Tetapi seperti yang diketahui oleh seluruh dunia, selama dua generasi berikutnya, berlaku sesuatu keajaiban di bahagian selatan semenanjung ini. Rakyat bersama keluarga mereka, penduduk di bandar-bandar, dan penduduk Korea Selatan membina negara ini menjadi apa yang kini merupakan salah satu daripada negara besar di dunia. Dan saya mengucapkan tahniah kepada anda. (Tepukan tangan.) Dalam masa yang tidak begitu lama, Korea Selatan bangun daripada kehancuran menjadi antara negara terkaya di dunia.

Hari ini, ekonomi anda lebih daripada 350 kali lebih besar daripada ekonomi pada 1960. Perdagangan telah meningkat sebanyak 1,900 kali. Jangka hayat telah meningkat dari 53 tahun kepada lebih daripada 82 tahun pada hari ini.

Seperti Korea, dan sejak pilihan raya saya setahun yang lalu hari ini, saya merayakan dengan anda. (Tepukan tangan.) Amerika Syarikat juga sedang melalui sesuatu keajaiban. Pasaran saham kami berada pada paras tertinggi dalam sejarah. Pengangguran berada pada tahap rendah 17 tahun. Kami mengalahkan ISIS. Kami memperkuat badan kehakiman kami, termasuk keadilan Mahkamah Agung yang cemerlang, dan dan seterusnya.

Saat ini tiga kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia yang dimuatkan dengan jet pejuang F-35 dan F-18 yang luar biasa ditempatkan di sekitar semenanjung ini. Di samping itu, kami juga menempatkan kapal selam nuklear.

Amerika Syarikat, di bawah pentadbiran saya, benar-benar membina semula tenteranya dan membelanjakan beratus-ratus bilion dolar untuk peralatan ketenteraan yang terbaru dan terbaik di mana sahaja di dunia yang sedang dibina, sekarang. Saya mahukan keamanan melalui kekuatan. (Tepukan tangan.)
Kami membantu Republik Korea jauh melebihi apa yang pernah dilakukan oleh negara lain. Dan kita akan melakukan perkara yang jauh lebih baik daripada yang orang lain fahami atau boleh hargai. Saya tahu bahawa Republik Korea, yang telah menjadi negara yang sangat berjaya, akan menjadi sekutu setia Amerika Syarikat yang sangat lama hingga masa depan. (Tepukan tangan.)

Apa yang anda bina sangat memberi inspirasi. Transformasi ekonomi anda dikaitkan dengan politik. Bangsa anda yang dibanggakan, berdaulat dan berdikari menuntut hak untuk memerintah sendiri. Anda memperoleh pilihan raya parlimen yang bebas pada 1988, pada tahun yang sama anda menjadi tuan rumah Olimpik pertama anda.

Tidak lama selepas itu, anda memilih presiden awam pertama anda dalam lebih daripada tiga dekad. Dan apabila Republik anda menghadapi krisis kewangan, anda berbaris beramai-ramai untuk memberikan harta benda paling berharga anda – cincin perkahwinan anda, pusaka, dan kekayaan emas – untuk memulihkan janji masa depan yang lebih baik untuk anak-anak anda. (Tepukan tangan.)

Kekayaan anda diukur bukan sahaja dengan wang – ia diukur dalam pencapaian minda dan pencapaian semangat. Sepanjang beberapa dekad yang lalu, ahli sains anda jurutera – telah merekabentuk banyak perkara yang mengagumkan. Anda melewati sempadan teknologi, merintis rawatan perubatan yang ajaib, dan muncul sebagai pemimpin dalam membuka misteri alam semesta.

Penulis Korea menulis kira-kira 40,000 buku tahun ini. Pemuzik Korea mengisi konsert di seluruh dunia. Pelajar Korea muda tamat belajar dari kolej pada kadar tertinggi di mana-mana negara. Dan pemain golf Korea adalah di antara yang terbaik di dunia ini. (Tepukan tangan.)

Malah – dan anda tahu apa yang akan saya katakan – Women’s U.S. Open telah diadakan pada tahun ini di Kelab Golf Nasional Trump di Bedminster, New Jersey, dan dimenangi oleh pemain golf Korea yang hebat, Sung- hyun Park. Satu perlapan daripada 10 pemain teratas adalah dari Korea. Dan empat pemain golf teratas – satu, dua, tiga, empat – empat pemain utama dari Korea. Tahniah. (Tepukan.) Tahniah. Dan itu sesuatu. Itu betul-betul sesuatu.

Di sini di Seoul, keajaiban seni bina seperti Bangunan Enam puluh Tiga dan Lotte World Tower – yang sangat cantik – menghiasi langit dan menjadi tempat kepada pekerja industri yang semakin banyak.

Warganegara anda sekarang membantu memberi makan kepada orang lapar, memerangi keganasan, dan menyelesaikan masalah di seluruh dunia. Dalam beberapa bulan, anda akan menjadi tuan rumah kepada penduduk dunia dan anda akan melakukan tugas yang luar biasa untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23. Semoga berjaya. (Tepukan tangan.)

Keajaiban Korea meliputi setakat mana tentera negara-negara bebas maju pada tahun 1953 – 24 batu ke utara. Di sana, ia berhenti; semuanya berakhir. Jalan mati. Di sempadan mati ini keadaan seperti negara penjara Korea Utara bermula.
Pekerja di Korea Utara membanting tulang dalam keadaan teruk dan hampir tidak dibayar. Baru-baru ini, seluruh penduduk mereka diperintahkan untuk bekerja selama 70 hari berterusan, atau membayar wang untuk berehat daripada bekerja.

Keluarga mereka tinggal di rumah tanpa system paip, dan kurang daripada separuh mempunyai elektrik. Ibu bapa merasuah guru dengan harapan dapat menyelamatkan anak lelaki dan perempuan mereka daripada kerja paksa. Lebih dari satu juta warga Korea Utara meninggal dunia akibat kebuluran pada tahun 1990-an, dan lebih banyak lagi terus mati akibat kelaparan pada hari ini.

Dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, hampir 30 peratus daripada mereka menderita – dan mengalami pertumbuhan terbantut akibat kekurangan nutrisi. Namun, pada 2012 dan 2013, rejim Korea Utara membelanjakan kira-kira $200 juta – atau hampir separuh wang yang diperuntukkan bukan untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya – untuk membina lebih banyak monumen, menara, dan patung untuk mengagungkan diktator mereka.

Baki yang masih ada dalam tuaian kecil ekonomi Korea Utara diagihkan mengikut kesetiaan seperti yang dipandang oleh rejim yang sakit ini. Mereka tidak menilai rakyatnya sebagai warganegara yang sama taraf, tetapi diktator kejam ini menilai, memberi markah dan meletakkan mereka berdasarkan petunjuk yang tidak jelas dan sembrono iaitu kesetiaan mereka kepada kerajaan.

Mereka yang paling tinggi kesetiaannya boleh tinggal di ibu kota. Mereka yang mendapat markah terendah dibiarkan kebuluran. Pelanggaran kecil oleh seorang warganegara, seperti tidak sengaja meremehkan gambar pemimpin zalim yang dicetak dalam akhbar yang dibuang, boleh memusnahkan kedudukan sosial seluruh keluarganya selama beberapa dekad.

Kira-kira 100,000 warga Korea Utara menderita dalam gulag, bekerja keras dalam kerja paksa, dan mengalami penyeksaan, kelaparan, rogol, dan pembunuhan secara berterusan.

Dalam satu contoh yang dilaporkan, seorang budak lelaki berusia 9 tahun telah dipenjarakan selama 10 tahun kerana datuknya dituduh sebagai pengkhianat. Dalam contoh lain, seorang pelajar telah dipukul di sekolah kerana melupakan satu butiran mengenai kehidupan Kim Jong-un.

Askar telah menculik orang asing dan memaksa mereka bekerja sebagai guru bahasa untuk perisik Korea Utara.

Di bahagian Korea yang menjadi kubu kuat bagi agama Kristian sebelum perang, orang Kristian dan penganut agama lain yang didapati berdoa atau menyimpan sebarang buku agama apa pun ditahan, diseksa, dan dalam banyak kes, dibunuh.
Wanita Korea Utara dipaksa menggugurkan bayi yang dianggap bangsa yang lebih rendah. Dan jika bayi ini dilahirkan, bayi yang baru lahir itu dibunuh.

Bayi seorang wanita yang dilahirkan daripada seorang bapa Cina diambil dalam baldi. Para pengawal mengatakan ia tidak “layak untuk hidup kerana itu tidak suci.”

Jadi mengapa China merasakan kewajipan untuk membantu Korea Utara?
Kehidupan ngeri di Korea Utara begitu lengkap sehingga rakyat membayar rasuah kepada pegawai kerajaan untuk mengeksport diri mereka sebagai hamba. Mereka lebih suka menjadi hamba daripada tinggal di Korea Utara.

Percubaan melarikan diri adalah jenayah yang boleh dihukum dengan kematian. Satu orang yang melarikan diri berkata, “Apabila saya berfikir tentang hal itu sekarang, saya bukan seorang manusia, saya lebih seperti binatang, tetapi selepas meninggalkan Korea Utara, saya menyedari erti kehidupan yang sepatutnya.”

Jadi di semenanjung ini, kita telah melihat hasil eksperimen tragis dalam makmal sejarah. Ini adalah kisah satu bangsa, tetapi dua negara Korea. Satu Korea di mana rakyatnya menguasai kehidupan mereka dan negara mereka, dan memilih masa depan yang bebas dan adil, bertamadun, dan pencapaian yang luar biasa. Dan satu lagi Korea di mana pemimpinnya memenjarakan rakyat di bawah panji kezaliman, fasisme, dan penindasan. Hasil eksperimen ini terbukti, dan ia benar-benar konklusif.

Apabila Perang Korea bermula pada 1950, kedua-dua Korea hampir sama dengan dalam negara kasar per kapita. Tetapi pada 1990-an, kekayaan Korea Selatan telah melampaui Korea Utara lebih daripada 10 kali ganda. Dan hari ini, ekonomi Korea Selatan lebih dari 40 kali lebih besar. Anda memulakan perkara yang sama sebentar tadi, dan kini anda 40 kali lebih besar. Anda melakukan sesuatu yang betul.

Berdasarkan penderitaan yang dibawa oleh pemerintahan diktator Korea Utara, tidak hairanlah ia terpaksa melakukan langkah yang semakin terdesak untuk menghalang rakyatnya daripada memahami perbezaan ketara ini.

Oleh kerana rejim Korea Utara takut kebenaran di atas segala yang lain, ia melarang hampir semua hubungan dengan dunia luar. Bukan sahaja ucapan saya hari ini, tetapi fakta-fakta yang paling biasa dalam kehidupan Korea Selatan merupakan pengetahuan terlarang kepada orang Korea Utara. Muzik Barat dan Korea Selatan diharamkan. Pemilikan media asing adalah jenayah yang boleh dihukum dengan kematian. Orang mereka mengintip sesama sendiri, rumah mereka boleh digeledah pada bila-bila masa, dan setiap tindakan mereka tertakluk kepada pengawasan. Daripada menjadi masyarakat yang hidup ceria, rakyat Korea Utara dihujani dengan propaganda negara setiap masa dan setiap hari.

Korea Utara adalah sebuah negara yang diperintah sebagai kultus. Di tengah-tengah kultus tentera ini adalah kepercayaan karut bahawa pemimpin ditakdirkan untuk memerintah sebagai penjaga pelindung di Semenanjung Korea dan memperhambakan orang Korea.

Lebih berjaya Korea Selatan, lebih berkesan anda memusnahkan fantasi gelap yang menjadi teras rejim Kim.

Dengan cara ini, kewujudan republik Korea Selatan yang berkembang maju mengancam kelangsungan hidup diktator Korea Utara.
Kota ini dan perhimpunan ini adalah bukti hidup bahawa Korea yang bebas dan merdeka bukan sahaja boleh berdiri teguh, tepi berdaulat, dan berdiri bangga di antara bangsa-bangsa di dunia. (Tepukan tangan.)

Di sini, kekuatan negara tidak datang daripada keagungan palsu seorang pemerintah zalim. Ia datang dari keagungan yang benar dan berkuasa dari rakyat yang kuat dan hebat – rakyat Republik Korea – orang Korea yang bebas untuk hidup, berkembang, beragama, bercinta, membina dan menentukan nasib sendiri.

Di Republik ini, rakyat Korea telah melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang diktator – anda menggalas, dengan bantuan Amerika Syarikat, tanggungjawab untuk diri sendiri dan memiliki masa depan anda sendiri. Anda mempunyai mimpi – mimpi Korea – dan anda membina impian itu menjadi realiti yang hebat.

Dengan berbuat demikian, anda melakukan keajaiban di Hahn yang kita lihat di sekeliling kita, daripada pencakar langit Seoul yang menakjubkan sehingga ke dataran dan puncak landskap yang indah ini. Anda telah melakukannya dengan bebas, anda telah melakukannya dengan gembira, dan anda telah melakukannya dengan cara anda sendiri yang sangat indah.

Realiti ini – tempat yang indah ini – kejayaan anda adalah penyebab utama kebimbangan, perasaan cemas, dan juga panik kepada rejim Korea Utara. Itulah sebabnya rejim Kim mencari konflik di luar negara – untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan yang mereka alami di negara mereka.

Sejak gencatan senjata, terdapat ratusan serangan Korea Utara terhadap rakyat Amerika dan Korea Selatan. Serangan ini termasuk penangkapan dan penyeksaan askar Amerika yang berani dari USS Pueblo, serangan berulang terhadap helikopter Amerika, dan serangan pesawat pada 1969 yang membunuh 31 anggota AS. Rejim itu telah membuat banyak serangan maut di Korea Selatan, cuba membunuh pemimpin kanan, menyerang kapal Korea Selatan, dan menyeksa Otto Warmbier, yang akhirnya menyebabkan kematian pemuda yang baik itu.

Sementara itu, rejim itu telah meneruskan program senjata nuklear dengan harapan palsu bahawa ia boleh memeras ugut orang lain untuk mendapatkan keinginan mereka. Dan keinginan itulah yang kita tidak akan membiarkannya. Kita tidak akan membiarkannya. Semua Korea berada di bawah jampi itu, yang terbahagi kepada separuh. Korea Selatan tidak akan membenarkan apa yang berlaku di Korea Utara untuk terus berlaku.

Rejim Korea Utara telah meneruskan program peluru berpandu nuklear dan balistik yang bertentangan dengan setiap jaminan, perjanjian, dan komitmen yang telah dibuatnya kepada Amerika Syarikat dan sekutunya. Ia memungkiri semua komitmen tersebut. Setelah menjanjikan membekukan program plutoniumnya pada 1994, ia mendapat manfaat daripda perjanjian itu tetapi kemudian meneruskan kegiatan nuklearnya secara haram.

Pada 2005, selepas bertahun-tahun diplomasi, pemerintah diktator Korea bersetuju untuk meninggalkan program nuklearnya dan kembali kepada Perjanjian Pengawalan Senjata. Tetapi ia tidak pernah dilakukan. Lebih buruk lagi, ia menguji senjata yang dikatakan akan dihentikan. Pada 2009, Amerika Syarikat memberi peluang lagi untuk rundingan, dan menawarkan Korea Utara penglibatan terbuka. Rejim itu bertindak balas dengan menenggelamkan kapal Tentera Laut Korea Selatan, membunuh 46 pelaut Korea. Sehingga hari ini, ia terus melancarkan peluru berpandu ke atas wilayah berdaulat Jepun dan semua jiran lain, menguji peranti nuklear, dan membangunkan ICBM untuk mengancam Amerika Syarikat sendiri. Rejim Korea telah menafsirkan Amerika yang tidak bertindak pada masa lalu sebagai lemah. Ini merupakan salah perhitungan. Pentadbiran sekarang sangat berbeza daripada pentadbiran Amerika Syarikat pada masa lalu.

Hari ini, saya harap saya bercakap bukan sahaja untuk negara kita, tetapi untuk semua negara yang bertamadun, apabila saya berkata kepada Korea Utara: Jangan memandang rendah kami, dan jangan mencabar kami. Kita akan mempertahankan keamanan bersama, kemakmuran bersama, dan kebebasan kita yang suci.

Kita tidak memilih untuk melakar garisan di sini, di semenanjung ini – (tepukan) – semenanjung yang indah ini – garisan tipis tamadun yang merentasi seluruh dunia dan hilang mengikut masa. Tetapi di sini ia dilakar, dan di sini ia kekal hingga ke hari ini. Ia adalah garisan antara damai dan perang, antara kesopanan dan kejahatan, antara peraturan dan kezaliman, antara harapan dan putus harapan yang total. Ia adalah garisan yang telah banyak dilakar, di banyak tempat, sepanjang sejarah. Untuk mempertahankan garisan itu adalah pilihan negara-negara bebas yang selalu perlu dibuat. Kita telah mempelajari harga yang tinggi akibat kelemahan dan kepentingan yang tersangat tinggi untuk pertahanan.

Pasukan pertahanan Amerika telah memberikan nyawa mereka dalam perjuangan menentang Nazi, imperialis, komunis dan keganasan.
Amerika tidak mencari konflik atau konfrontasi, tetapi kita tidak akan lari daripadanya. Sejarah dipenuhi dengan rejim yang telah dihancurkan yang telah menguji ketabahan Amerika.

Sesiapa yang meragui kekuatan atau keazaman Amerika Syarikat harus melihat kepada masa lampau kami, dan anda tidak akan ragu lagi. Kami tidak akan membenarkan Amerika atau sekutu kami untuk diperas ugut dan diserang. Kami tidak akan membenarkan bandar-bandar Amerika diancam dengan kemusnahan. Kami tidak akan takut dengan ugutan. Dan kami tidak akan membiarkan kekejaman yang paling buruk dalam sejarah diulangi di sini, atas alasan ini, kita berjuang bermati-matian untuk menang. (Tepukan tangan.)
Itulah sebabnya saya datang ke sini, ke tengah Korea yang bebas dan berkembang, dengan mesej untuk negara yang cintakan keamanan dunia. Masa untuk alasan telah berakhir. Sekarang adalah masa untuk kekuatan. Sekiranya anda mahu kedamaian, anda mesti berdiri teguh pada setiap masa. (Tepuk tangan.) Dunia tidak boleh bertolak ansur dengan ancaman rejim penyangak yang mengancam dengan kemusnahan nuklear.

Semua negara yang bertanggungjawab mesti bersatu untuk mengasingkan rejim kejam Korea Utara – untuk menafikannya dan apa sahaja perkara. Anda tidak boleh menyokong, anda tidak boleh membekalkan, anda tidak boleh menerima. Kami menyeru setiap negara, termasuk China dan Rusia, untuk melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB, menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan rejim, dan memutuskan semua hubungan perdagangan dan teknologi.

Adalah menjadi tanggungjawab kita dan kewajipan kita untuk menghadapi bahaya ini bersama – kerana semakin lama kita menunggu, semakin besar bahayanya, dan semakin sedikit pilihan yang kita ada. (Tepuk tangan.) Dan kepada negara-negara yang memilih untuk mengabaikan ancaman ini, atau lebih buruk lagi, untuk membolehkannya berlaku, keseriusan krisis ini adalah juga tanggungjawab anda.

Saya juga datang ke semenanjung ini untuk menyampaikan mesej terus kepada pemimpin diktator Korea Utara: Senjata yang anda peroleh tidak menjadikan anda lebih selamat. Senjata itu meletakkan rejim anda dalam bahaya yang serius. Setiap langkah yang anda ambil menuju jalan gelap ini meningkatkan bahaya yang anda hadapi.

Korea Utara bukan syurga yang datuk nenek anda bayangkan. Ia adalah neraka yang tidak layak untuk sesiapa sahaja. Namun, meskipun anda melakukan kejahatan terhadap Tuhan dan manusia, kami bersedia menawarkan, dan kami akan melakukannya – kami akan menawarkan jalan untuk masa depan yang lebih baik. Ia bermula dengan anda menghentikan pencerobohan rejim anda, menghentikan perkembangan peluru berpandu balistik anda, dan menghentikan sepenuhnya program nuklear, yang dapat disahkan, dan secara total. (Tepuk tangan.)

Pemandangan langit di semenanjung ini menunjukkan sebuah negara dengan cahaya mempesonakan di Selatan sementara kegelapan besar yang tidak dapat ditembusi di Utara. Kita mencari masa depan yang bersinar, kemakmuran, dan keamanan. Tetapi kita hanya bersedia untuk membincangkan jalan yang lebih cerah ini untuk Korea Utara jika para pemimpinnya menghentikan ancaman mereka dan memusnahkan program nuklear mereka.

Rejim jahat Korea Utara bercakap benar tentang tentang satu perkara. Rakyat Korea mempunyai takdir yang hebat, tetapi mereka salah tentang apa sebenarnya takdir yang mulia itu. Takdir orang Korea bukan untuk menderita dalam penindasan, tetapi untuk berkembang dalam kemuliaan kebebasan. (Tepuk tangan.)

Apa yang telah dicapai Korea Selatan di semenanjung ini adalah lebih daripada kemenangan untuk negara anda. Ini adalah kemenangan bagi setiap negara yang percaya kepada semangat manusia. Dan adalah harapan kami bahawa, suatu hari nanti, semua saudara-saudara anda di Utara akan dapat menikmati kehidupan yang sepenuhnya yang diinginkan oleh Tuhan.

Republik anda menunjukkan kepada kita semua apa yang mungkin. Hanya dalam beberapa dekad sahaja, dengan hanya kerja keras, keberanian, dan bakat rakyat anda, anda telah mengubah tanah perang ini menjadi negara yang diberkati dengan kekayaan, kaya dengan budaya, dan dengan semangat. Anda membina sebuah rumah di mana semua keluarga boleh berkembang dan di mana semua kanak-kanak dapat menyinar dan gembira.

Korea ini berdiri teguh dan tinggi di kalangan masyarakat besar di negara-negara yang bebas, yakin, dan mencintai keamanan. Kita adalah negara yang menghormati rakyat kita, menghargai kebebasan kita, menghargai kedaulatan kita, dan mengawal nasib kita sendiri. Kita mengesahkan maruah setiap orang dan menggalakkan potensi penuh setiap jiwa. Dan kita sentiasa bersedia untuk mempertahankan kepentingan penting rakyat kita melawan cita-cita yang kejam daripada pemerintah zalim.

Bersama-sama, kita bermimpi tentang sebuah Korea yang bebas, semenanjung yang aman, dan keluarga yang bersatu kembali. Kita bermimpi jalan raya yang menghubungkan Utara dan Selatan, sepupu memeluk sepupu, dan mimpi ngeri nuklear ini digantikan dengan janji indah keamanan.
Sehingga hari itu sampai, kita berdiri teguh dan berjaga-jaga. Mata kita tetap di Utara, dan hati kita berdoa untuk hari yang ketika itu semua orang Korea dapat hidup dalam kebebasan. (Tepuk tangan.)

Terima kasih. (Tepuk tangan.) Semoga Tuhan Memberkati Anda. Semoga Tuhan memberkati rakyat Korea. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih. (Tepuk tangan.)
END 11:59 A.M. KST


Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber bahasa Inggeris asal yang harus dianggap sahih.
E-mel Terkini
Untuk mendaftar bagi pengemaskinian atau mengakses langganan pilihan anda, sila masukkan maklumat hubungan anda di bawah.