rss

Bantuan Amerika Syarikat kepada Burma

English English, Indonesian Indonesian

Untuk Siaran Segera 
LEMBARAN FAKTA
15 November 2017

 

Amerika Syarikat menyokong Burma yang aman, makmur, dan demokratik serta menghormati hak asasi umat manusia. Kami sedang berusaha untuk segera menangani krisis hak asasi manusia dan kemanusiaan di Negeri Rakhine, mengukuhkan peralihan Burma kepada demokrasi, memperluaskan peluang ekonomi, meningkatkan kesihatan dan ketahanan penduduk yang terdedah, membantu proses perdamaian nasional, memperkasakan masyarakat tempatan dan persatuan sivil, dan mengukuhkan penghormatan dan perlindungan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

MENANGANI KRISIS DAN CABARAN JANGKA PANJANG DI NEGERI RAKHINE:

 

·         Menyediakan lebih $47 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan tambahan. Jumlah ini menjadikan tindak balas Amerika Syarikat terhadap krisis Negeri Rakhine di Burma dan Bangladesh kepada lebih $87 juta sejak Ogos 2017, dan jumlah bantuan kemanusiaan untuk orang tersingkir dalam dan dari Burma kepada hampir $151 juta sejak permulaan 2017;

·         Melibatkan kerajaan Burma di semua peringkat untuk menuntut penamatan keganasan dan kekejaman besar-besaran dan menyelesaikan hak asasi manusia dan krisis kemanusiaan di Negeri Rakhine, termasuk orang tersingkir dapat kembali dengan selamat, sukarela, bermaruah, yang majoritinya adalah Rohingya;

·         Bekerja untuk mempertanggungjawabkan mereka yang melakukan kekejaman besar-besaran dan pelanggaran hak asasi manusia, serta penaniayaan;

·         Menggalakkan pelaksanaan untuk saranan dari Suruhanjaya Penasihat di Negeri Rakhine oleh kerajaan Burm.

MENGUKUHKAN PERALIHAN DAN PEMBANGUNAN DEMOKRATIK:

·         Memberi lebih $68 juta kepada Burma sejak 2013 untuk mengukuhkan proses demokrasi, termasuk: $18 juta untuk pilihanraya 2015, yang membawa kepada kerajaan yang dipimpin oleh orang awam; lebih $11 juta untuk membina mahkamah adil yang demokratik dan penguatkuasaan undang-undang awam, termasuk memerangi pemerdagangan orang dan mengurangkan bekalan dan permintaan untuk narkotik; dan sokongan berterusan kepada pertubuhan masyarakat sivil dan masyarakat terpinggir untuk memupuk toleransi dan pemahaman antara komuniti dan meningkatkan pengurusan sumber semula jadi;

·         Mengurangkan kemiskinan untuk membolehkan masyarakat yang berdaya tahan dan demokratik merealisasikan potensinya;

o   Melatih lebih 225,000 petani dan pekebun kecil dalam teknik pertanian moden pada 2017;

o   Mengedarkan kelambu yang cukup pada tahun lepas untuk melindungi 1 juta orang yang membantu Burma agar dapat menghapuskan malaria menjelang 2030 melalui Inisiatif Malaria Presiden;

o   Dialog Perkongsian A.S.-Myanmar dirumuskan pada 2016 dan telah memperluas komunikasi dan kerjasama dua hala dalam bidang politik dan ekonomi;

o   Menyediakan sokongan khidmat nasihat kepada kerajaan awam mengenai 40+ undang-undang, peraturan dan dasar yang memudahkan perniagaan, membantu peningkatan eksport A.S. ke Burma dan lebih banyak peluang pelaburan untuk sektor swasta;

o   Menyokong dialog Perjanjian Kerangka Pelaburan Perdagangan yang diketuai oleh USTR (TIFA) untuk memastikan perdagangan A.S.-Burma yang bebas, saksama, dan timbal balik;

o   Membawa kepada penggubalan Inisiatif Buruh Myanmar. Melalui inisiatif ini, rakan antarabangsa menyokong usaha berterusan pekerja, majikan, dan kerajaan untuk meningkatkan hubungan perindustrian dan mereformasi undang-undang buruh untuk memenuhi standard antarabangsa.

MENYOKONG PROSES KEAMANAN NEGARA:

·         Menyediakan lebih $60 juta sejak 2012 untuk memperdalam dan mengekalkan pembaharuan, dan untuk memupuk pembangunan pembinaan keamanan yang sah dan inklusif secara nasional, termasuk sokongan kepada pelbagai masyarakat sivil;

·         Memberi $1 juta untuk melaksanakan kurikulum pendidikan perdamaian di sekolah-sekolah yang bersifat sekular dan berasaskan agama dan melakukan penyelidikan mengenai isu-isu agama dan etnik dalam dialog politik;

Bekerjasama dengan masyarakat awam, kumpulan bersenjata etnik, dan parti politik untuk membina budaya dialog dan bergerak ke arah penamatan konflik bersenjata yang inklusif, dan berkekalan.

 


Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber bahasa Inggeris asal yang harus dianggap sahih.
E-mel Terkini
Untuk mendaftar bagi pengemaskinian atau mengakses langganan pilihan anda, sila masukkan maklumat hubungan anda di bawah.