rss

Kenyataan oleh jurucakap, Heather Nauert – Perbincangan antara Korea Selatan dan Korea Utara mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk

Facebooktwittergoogle_plusmail
Indonesian Indonesian, English English, العربية العربية, Français Français, हिन्दी हिन्दी, Português Português, Русский Русский, Español Español, اردو اردو, 中文 (中国) 中文 (中国)

9 Januari, 2018

 

 

Amerika Syarikat mengalu-alukan pertemuan pada 9 Januari antara Republik Korea dan Korea Utara yang bertujuan untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang. Amerika Syarikat akan terus kerap berunding dengan pegawai republik itu, bagi memastikan penyertaan Korea Utara dalam Olimpik Musim Sejuk tidak melanggar sekatan yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan PBB terhadap program peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara yang menyalahi undang-undang. Seperti yang disuarakan oleh Presiden kepada Presiden Moon dari Republik Korea itu pada 4 Januari yang lalu, Amerika Syarikat komited terhadap keselamatan dan kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk tersebut, dan Amerika Syarikat akan menghantar delegasi presiden peringkat tinggi ke Sukan tersebut. Dalam perbualan yang sama, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk meneruskan kempen memberikan tekanan maksimum ke atas Korea Utara ke arah sasaran nyah-nuklearisasi Semenanjung Korea secara sepenuhnya dan dapat ditentusahkan. Setiausaha Negara Tillerson akan terus berunding rapat dengan Menteri Luar Kang Kyung-wha.


Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber bahasa Inggeris asal yang harus dianggap sahih.
E-mel Terkini
Untuk mendaftar bagi pengemaskinian atau mengakses langganan pilihan anda, sila masukkan maklumat hubungan anda di bawah.